Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan. Tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba. Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam. Tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selama-lamanya.

Sabtu, 28 Februari 2009

HADIAH BUAT DIRI



..Alhamdulillah setelah lama sabar menunggu kedatangan syafiqah, akhirnya kedua-dua buku ini telah menjadi milik saya. Tak sabar rasanya nak khatam. Koleksi buku-buku Faisal Tehrani makin bertambah sekarang. Saya sudah memasang angan-angan untuk dapatkan buku-buku lama beliau yang masih belum saya miliki. Mudah-mudahan Tuhan makbulkan.

:: rindu nak 'berdiskusi' dengan c'kas pasal buku-buku ni ::

Rabu, 25 Februari 2009

CINTA DAN KEHIDUPAN

Zaman terkebelakang ini, kehidupan manusia khususnya remaja sering dipenuhkan dengan isu cinta. Cinta yang dimaksudkan itu pula bukanlah cinta kepada Allah dan RasulNya bahkan lebih kepada cinta sesama manusia yang didasarkan pada nafsu semata. Kalau di institut pengajian tinggi (IPT) samada awam atau swasta, kebanyakan pelajarnya sudahpun berpasangan. Jika suatu masa dahulu golongan yang berpasangan ini adalah minoriti di IPT, akan tetapi kini sudah terbalik kerana mereka sudah menjadi majoriti. Bahkan golongan yang tidak berpasangan adakalanya diejek dan dipersendakan hanya kerana tiada yang 'mahu' pada mereka.

Berbicara soal cinta murahan begini sebenarnya seboleh mungkin ingin saya elakkan. Namun kesan dan implikasi yang sangat hebat dalam kehidupan pelajar hanya kerana cinta ini, sudah tidak wajar lagi untuk tidak diambil peduli. Malahan pelajar-pelajar di sekolah juga sudah ada kes yang sebegini. Apakah institusi kekeluargaan sudah kekurangan kasih sayang hinggakan remaja-remaja ini mencarinya dari insan yang di luar lingkungan persaudaraan? Ya benar, cinta itu fitrah akan tetapi, janganlah ia dijadikan fitnah. Yang lebih menakutkan lagi, penangan cinta itu tidak mengenal siapa. Baik golongan jahil agama mahupun yang tahu agama.

Cinta itu bagaikan virus yang apabila ia menjangkiti hati, maka susah sekali untuk diubati. Beza usia, status, darjat, pangkat, harta, nama dan sebagainya tidak menjadi penghalang buat orang yang bercinta. Sebab itu orang yang sedang hangat bercinta ini tidak makan teguran, nasihat dan lebih-lebih lagi tazkirah. Seluruh jiwa raga, hati dan perasaan mereka hanya fokus pada cinta mereka sahaja. Sudah dibius cinta bak kata ustaz Hasrizal dalam webnya.

Hendak mengubat penyakit akibat virus cinta ini bukanlah mudah. Kerana hati manusia ini merupakan raja dalam tubuh badannya. Jadi, kalau setiap masa hanya 'cintanya' sahaja yang difikirkan bagaimanalah kita hendak sembuhkan dia? Apa yang penting dalam mengubati virus ini ialah orang itu sendiri perlu sedar yang dirinya sudah dijangkiti virus cinta dan dia sendiri mestilah ada keinginan untuk mengubati hatinya itu. Kalau tidak payahlah bagi orang lain untuk membantu.

PREVENTION IS BETTER THAN CURE

Bonda saya pernah berpesan, katanya " don't get too close". Apabila difikir sedalam-dalamnya, kata-kata bonda tersimpan falsafah yang begitu mendalam. Dan akhirnya saya bersetuju dengan tindakan orang-orang lama yang pernah belajar di Mesir dahulu. Pesan mereka agar adik-adik baru tidak menyimpan nombor telefon mereka yang berlainan jantina dan memadam nombor telefon rakan setugas yang disimpan sekiranya urusan persatuan atau kerja yang hendak dilaksanakan telah selesai. Di sini pergaulan dijaga sebaik mungkin agar tidak terlalu bebas. Kenapa mereka berpesan begitu? Seperti kata bonda, jangan jadi terlalu rapat. Jadi, untuk mengelakkan dari dijangkiti virus cinta ini, adalah lebih baik agar kita terlebih dahulu mencegah dan menjauhkan diri dari sebarang unsur yang boleh menyebabkan kita dijangkiti. Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati?

Ada kalam arab yang berbunyi begini : bermula dari pandangan menjadi senyuman kemudian memberi salam, kemudiannya disusuli pertemuan dan akhirnya.. anda sendiri yang tentukan. Begitulah cinta itu berevolusi. (Baca entri ustaz Hasrizal tentang teori evolusi cinta)

Orang-orang tua dahulu juga ada bermadah tentang punca dan asal timbulnya cinta seperti yang dirakamkan dalam pantun ini :
Dari mana punai melayang?
Dari sawah turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang?
Dari mata turun ke hati.

KESIMPULAN

Perasaan ingin disayangi dan menyayangi itu suatu fitrah yang memang Allah letakkan dalam setiap hati dan jiwa manusia. Setiap manusia yang normal pasti ada rasa cinta dan kasih sayang. Lalu persoalannya samada cinta itu mampu memacu kita ke arah yang lebih positif atau menjerumuskan kita ke arah yang negatif? Saya pernah menulis tentang motivasi cinta di mana cinta itu boleh menjadi sumber motivasi dan kekuatan yang terhebat dalam diri manusia. Namun ia juga boleh menjadi virus dan ubat bius yang bisa melumpuhkan seluruh anggota dan pemikiran manusia sehingga tidak lagi mampu berfikir sewajarnya. Cinta dan kehidupan tidak mungkin dipisahkan kerana cinta itu sendiri menjadi sumber kepada kehidupan. Lahirnya kita ke dunia kerana cinta antara ayah dan bonda. Kita membesar menjadi kita pada hari ini kerana cintanya mereka pada kita. Jadi, suburkanlah cinta dan letakkan ia di tempat yang sewajarnya. Berikan cinta pada yang layak menerima dan jangan menangisi cinta yang bukan milik kita. Renungi lirik nasyid Kerana Cinta nyanyian dan In-Team Mestica sebagai penutup entri kali ini.

cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan pula
kerana bercinta kita pun leka entah ke mana
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara
masa berada
hanya sementara
cinta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..




Khamis, 19 Februari 2009

Kisah perempuan miskin, lembu tua dan Gaza

Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari lalu.

Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti.

Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata.

Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan, 'harta' yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.

Baca selanjutnya..

Sumber : HarakahDaily.Net

Catatan buat kita : Renung kembali dalam diri apa sumbangan yang telah kita beri pada saudara-saudara Islam di Gaza khususnya. Andai ada, tulus ikhlaskah hati kita? Andai kita tak mampu untuk menyumbang dari segi kewangan, banyakkanlah berdoa. Qunut Nazilah khususnya. Dan jangan lupa, boikotlah barangan dan produk yang menyumbang kepada ekonomi Israel dan Amerika.

Ahad, 15 Februari 2009

BUKAN MASA BEREHAT LAGI

Hari ini kuliah sepatutnya telah bermula. Akan tetapi, minggu pertama kuliah memang biasanya tiada orang lagi, baik pelajar mahupun pensyarah. Semester musim panas ini saya akan berdepan dengan 9 subjek. Hampir 2 kali ganda subjek semasa semester lepas.
  1. Al Quran
  2. Nahu
  3. Balaghah
  4. Perbandingan Sastera
  5. Kritikan Sastera
  6. Sorof
  7. Hadith
  8. Fiqh Usrah dan Mirath
  9. Bahasa Inggeris
Jadual kuliah untuk semester kedua (musim panas)

Semester ini pasti akan menjadi suatu cabaran baru buat mereka yang bakal naik menjadi tampuk pimpinan. Semoga Tuhan memudahkan segala urusan dan yakinlah bahawa Dia tidak membebankan hamba-hambaNya melainkan sekadar kemampuan kita.

Aja aja! Fighting! :D

Sabtu, 14 Februari 2009

BABYFACE DADDY?


Saya tidak tahu apa respon yang patut saya berikan apabila membaca berita ini. Terkejut pun ya, hairan pun ya. Sampai terkedu saya dibuatnya. Speechless kejap. Bayangkanlah kalau budak-budak yang semuda itu dah boleh melakukan hubungan bagaikan suami isteri dan jadi ibu bapa pulak tu. Sudahlah anak yang lahir itu anak tak sah taraf ( tapi diorang mana kisah pasal ni kan?) Kalau di Malaysia anak-anak semuda itu masih baru melangkah ke sekolah menengah. Leka dengan permainan seperti Playstation dan sebagainya.

Inilah padahnya bila hidup manusia menjadi 'terlalu bebas'. Masyarakat barat yang hidupnya sesuka hati mahu buat apa sahaja akhirnya mengundang padah. Budak 13 dan 15 tahun jadi ibu bapa? dari aspek ilmu keibubapaan pun saya tak yakin mereka mampu. Itu belum lagi dikira belanja sara hidup dan sebagainya. saya takut nanti anak itu tidak akan terabai baik dari segi pendidikannya ataupun pembesarannya.

Iktibarnya, kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Kepada semua ibu bapa dan yang bakal menjadi ibu bapa, didiklah anak-anak anda dengan acuan yang telah disediakan oleh Islam. Semoga Allah pelihara kita semua dari perkara-perkara negatif seperti ini.

Ya Allah, jadikan kami semua anak-anak yang soleh dan solehah. Amin.

Jumaat, 13 Februari 2009

LET'S SAY IT

I found this in KTI forum thread.. why don't all of you try have a look and join it. Together, let's make the Muslim youth voice heard by all the people..

Sisters in Islam anjur MUSAWAH

Apa pulak agaknya agenda mereka sekarang ni. hai, macam2 yang diorang dah buat konon atas nama keadilan dan hak sama rata untuk wanita. Padahal Islam dah tetapkan garis panduan yang cukup sempurna buat wanita.

klik sini untuk lihat berita selanjutnya





CHOCOLATE HARDCORE FANATIC + DIE HARD FAN



It's not always to receive an expensive and great chocolate especially like this one because it came from a long way... all the way from Russia. Some Malaysian medical students who study in Russia came to Egypt and they stayed about a week at Piqah's room. And as a token of appreciation they gave this box of chocolate to her. And Piqah who is now in Malaysia told me to eat it...haha, my pleasure dear. Thanks a million :-D I just got lucky this week. The chocolates taste like heaven. And i feel like i'm falling in love when i eat it. So delicious, sweet, and it makes me happy :-D

This is the second time i got a box of chocolate so special. The first time? Well, it's a secret ;)
I hope i'll get more and more after this.. because chocolate to me is so irresistable and i can eat it so much without getting bored of it.. So as chocolate cake, chocolate ice cream, hot chocolate drink and whatever that has chocolate in it.. And yes, the film Chocolate Factory is one of my favourite movies.

^_^ Dear you who love me, can i have a chocolate like this?

Rabu, 11 Februari 2009

A DEDICATION TO C'KAS

This song is for you who makes me feel and think maturely. Even thought we just know each after not more than 4 years, but it feels like a long time. Every memories with you will always be in my heart. You are the best scorpion partner i had. Also my partner in Bleach.

I'll be missing you and all the great times we had. Like when we talk all night long while watching movies or just talk about anything. You should know that i treasure all that deep in my heart. And when i said about you being my habit, that means i remember you in everything i do. Like they said that old habit die hard. But you will never die from my heart.

Dear you, this song is dedicated to you. I pray to God that He will always keep us close in the heart no matter how far we are apart. Do keep in touch :)






Untumu Teman - Brotherz

Khamis, 5 Februari 2009

PALESTIN DAN KITA



Saat kita kebingungan memilih makanan yang sedap
Saudara kita di Gaza ketiadaan makanan
Saat kita kerinduan pada keluarga di tanah air
Mereka di Gaza menangisi keluarga yang telah pergi
Saat kita berhibur dengan tawa dan senda
Mereka pilu bergenang airmata
Saat kita leka dengan keseronokan dunia
Mereka sengsara menanti bantuan kita
Saat kita nyenyak tidur berselimut
Mereka khusyu' menadah doa
Saat kita lupa dengan kematian yang bakal tiba
Mereka bangga kerana mati syahid di jalan-Nya





Teringat pada kisah yang diceritakan Dr Jamnul Azhar Mulkan semasa kedatangan beliau tempoh hari ke Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA). Kata beliau semasa di salah sebuah hospital di Gaza beliau menziarahi seorang kanak-kanak dalam lingkungan usia 5 tahun yang kehilangan kedua belah kakinya. Beliau bertanya pada kanak-kanak tersebut dimana kakinya? Lalu dia menjawab kedua kakiku sudah berada di Syurga. Mendengar jawapan tersebuat kami yang mendengar bergenang airmata. Begitu sekali hebatnya kanak-kanak Palestin. Kehilangan kaki tidak menjadi suatu yang malang baginya. Bagai sudah bersemadi di dadanya semangat perjuangan Assyahid Syeikh Ahmad Yasin yang sangat ditakuti oleh Zionis Israel walaupun beliau sudah lumpuh anggota badan namun semangatnya tidak pernah goyah. Suatu lagi kisah ialah seorang ibu yang kehilangan semua anaknya semasa serangan pencerobohan Zionis Israel. Dr Jamnul Azhar bertanya padanya bagaimana keadaannya sekarang setelah kehilangan semua anaknya? Jawapan ibu itu ialah aku akan lahirkan lebih ramai lagi anak-anak yang akan membesar dan melawan Zionis Israel. Sebab itulah tentera Israel tidak pernah mengenal erti belas kasihan pada oarang awam tidak kira wanita, kanak-kanak atau orang tua. Kerana setiap mereka tetap berperanan dalam menentang Israel. Orang-orang tua akan meniupkan roh dan semangat jihad ke dalam jiwa anak-anak mereka. Wanita pula akan mengasuh anak-anak mereka untuk menjadi tentera yang akan mempertahankan Palestin dan menentang Israel.



Hari ini rakyat di Gaza manjadi mangsa Zionis Israel dan kita sebagai saudara seagama hanya mampu memandang. Kita hanya mampu berdoa pada Tuhan mohon kemenangan, itupun bila kita ingat pada mereka di celah kesenangan hidup kita. Kita hanya mampu boikot barangan yang ada kaitan dengan Yahudi dan Amerika, itupun kita masih lagi berkira. Kerana kita sering membandingkan kualiti produk Yahudi & Amerika dan produk Muslim kita. Kita sering bersuara bebaskan Palestin dan negara lain yang dijajah, itupun dalam ketakutan kerana risaukan nasib diri sendiri. Kita hanya mampu mengutuk kezaliman tentera Zionis Israel padahal dalam sedar kita yang menyumbang pada tabung ketenteraan mereka. Mereka adalah saudara seagama dengan kita. Apakah yang telah kita lakukan untuk bantu mereka?

Kita beribadah setiap hari. Solat fardhu dan sunat, puasa, haji dan zakat serta lain-lain lagi. Kita berharap mudah-mudahan kita akan dimasukkan ke syurgaNya nanti. Tapi, pernahkah kita terfikir bila di Akhirat nanti setelah Tuhan izinkan kita masuk ke syurga dan tiba-tiba datang kanak-kanak Palestin yang mengadu pada Tuhan "semasa aku diserang, dizalimi dan dibunuh oleh tentera Israel dia ini tidak ada buat apa-apa pun untuk membantu aku. Layakkah dia masuk ke syurga?". Apa yang akan kita jawab di hadapan Tuhan kelak?



Buatlah apa yang mampu dengan kudrat kita. Doa itu sudah semestinya. Jangan kerana tidak mampu buat semua kita langsung tidak berbuat apa-apa. Moga Tuhan kuatkan mereka dan juga kita dalam perjuangan mempertahankan agamaNya. Janji Tuhan itu benar, cuma masanya yang kita tak tahu bila.

Doakan juga keselamatan dan kesejahteraan untuk negeri Perak yang dalam keributan. Ya Allah, menangkan Islam dan juga Muslimin. Amin.

Rabu, 4 Februari 2009

BERSAMA MENYOKONG EKONOMI UMAT ISLAM


Perasmian RFC Cawangan ke 2. Shahab Perdana, Alor Setar, Kedah Darul Aman (Bangunan Stesen BAS Shahab Perdana). Pada 7hb Feb 2009, Jam 9.00 Pagi oleh Menteri Besar Kedah Darul Aman.

Modal sebuah RFC ialah RM1.5 Juta, Rujuk <<WebRFC>>
(If only I had that RM1.5 million)