Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan. Tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba. Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam. Tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selama-lamanya.

Sabtu, 30 Ogos 2008

RAHMAT RAMADHAN


Rahmatnya Ramadhan
Pesta ibadah tahunan
Ibadah puasa tak terjangkau pahala
Solat wajib dan sunat
Berganda ganjaran
Sedeqah, tadarus bertali arus

Rahmatnya Ramadhan
Pada satu malam
Seumpama seribu malam
Makbulnya doa insan
Saat dinihari menghadap Tuhan

Rahmatnya Ramadhan
Pada sahur dan iftor
Sekeluarga bersama
Yang sikit sama dirasa
Yang banyak sama dirata

Rahmatnya Ramadhan
Saat tarawih berjemaah
Bersama ke surau
Pergi dan pulang

Rahmatnya Ramadhan
Bila sekeluarga berkumpul
Menyulam kasih
Melerai rindu
Setelah dulu berjauhan

Rahmatnya Ramadhan
Kerana puasa diganjari raya
Penat lelah tak sia-sia
Kerana Tuhan melimpahkan rahmatNya

bicara hati saya kala menjelangnya Ramadhan tidak dapat lari dari memori-memori berpuasa bersama keluarga. sungguh Ramadhan penuh keistimewaan. manakan tidak, sepanjang sebulan inilah kami sekeluarga akan berpeluang untuk makan bersama-sama. bulan-bulan lain memang susah untuk mendapat peluang. Alhamdulillah tahun ini semuanya akan berpuasa Insya Allah. Mashitah pun sudah pandai berpuasa. masih teringat dulu semasa dia masih belum berpuasa sayalah yang menyuapkan dia makan tengahari sewaktu saya bercuti di rumah. sungguh ia menguji iman. Mudah-mudahan Tuhan terima ibadah puasa kita dan juga ibadah-ibadah lain sepanjang Ramadhan yang mulia ini. Amin.

Jumaat, 29 Ogos 2008

MERDEKA KITA, MERDEKA MEREKA

31 Ogos detik sejarah
Hasil perjuangan pahlawan
Gagah berbakti demi bangsa
Rela terkorban demi agama
Kini kita merdeka

Nun di sana
Saudara kita dijajah
Mereka bermatian menentang musuh
Walau hanya bersenjata batu kecil
Demi Tuhan, mereka tetap berjuang
Kini mereka masih belum merdeka

Merdeka kita
Bebas berbuat apa sahaja
Sesuka hati merosak diri
Menghumban maruah
Ke lembah hina
Walau zahirnya kita merdeka
Minda kita terjajah
Dengan dunia dan isinya

Merdeka mereka
Bebas pertahankan agama, nusa dan bangsa
Walau kepala diacu senapang
Mereka tiada rasa gentar
Kerana minda mereka bebas
Dari ketakutan dan kesedihan
Zahirnya mereka terjajah
Tapi, jiwa mereka merdeka

Merdeka kita
Saban tahun melaung saja
Entah ia dihayati atau tidak
Merdeka mereka
Tiada laungan suara
Cukup jiwa yang merasa

51 tahun sejarah merdeka
Ingatkah kita generasi dulu
Yang berkorban jiwa dan raga
Demi sebuah merdeka
Hari ini, kita renungkan
Benar-benarkah kita merdeka?

Jumaat, 22 Ogos 2008

Bicara tentang Permatang Pauh

Tsunami politik yang melanda Malaysia sejak Pilihanraya baru baru ini benar-benar menggundah gulanakan hati saya. Mungkin kerana ini kali pertama saya menunaikan tangungjawab sebagai pengundi, maka saya jadi begitu teruja lalu peka dan prihatin dengan perkembangan politik negara. Sudah lama saya berhasrat untuk menulis sesuatu tentang pergolakan yang berlaku di tanah air akan tetapi ia hanya suatu cetusan rasa yang tidak disogok oleh sebarang idea. Lalu hasrat itu saya pendamkan sahaja hingga ke suatu masa bilamana Allah mengilhamkan bicara.

Tidak lama lagi Permatang Pauh akan berhadapan dengan suatu tsunami yang hebat. Pilihanraya yang bakal tiba 26 Ogos nanti menjadi medan tempur baik bagi calon kerajaan mahupun calon pembangkang. Permatang Pauh bukanlah suatu tempat yang asing bagi saya. Di situlah dulu saya belajar selama hampir 6 tahun di Madrasah Faqiah Daimiah. Berulang alik setiap hari menimba ilmu, mengutip pengalaman dan mencipta pelbagai memori indah zaman sekolah rendah. Selain saya, adik-adik saya seramai 6 orang juga bersekolah di situ (lari tajuk sekejap).

Saya sentiasa mendoakan agar Permatang Pauh khasnya sentiasa diulit damai berpanjangan. Walau tidak menjadi kawasan yang maju seperti Kuala Lumpur tapi yang penting penduduknya hidup selesa, aman dan damai. Pilihanraya yang bakal tiba diharapkan bukan satu faktor yang akan memecahbelahkan tapi menjadi momentum yang menyatukan. Seperti tema sambutan Merdeka pada tahun ini : Perpaduan Teras Kejayaan. Mudah-mudahan tanah air tercinta akan kekal merdeka selamanya. Selamat mengundi kepada mereka yang terlibat. Buatlah pilihan yang tepat agar nanti tidak menyesal di kemudian hari. Moga Allah memelihara kita semua walau betapa hebat tsunami melanda. Amin.

Ahad, 17 Ogos 2008

RINDU

Rindu merusuh kalbu
Meragut damainya jiwa
Hati resah gelisah
Laku diri serba tak kena

Bicara hati
Pada wajah bisu
Tak bersahut
Hampa

Rindu pada yang jauh
Berbalaskah rasa yang sama?
Derita dan lara
Terubatkah jua?

Bila terasa rindu, klik sini :)

Khamis, 14 Ogos 2008

SELAMAT HARI LAHIR III


Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Walau jauh beribu batu
Hilang di mata, di hati jangan

Pantas sungguh masa berlalu
Ingatan padamu asyik bertamu
Salam ulangtahun khas buatmu
Walau terlewat bukan niatku

Salam ulangtahun kelahiran buat sepupu tersayang, Nursyafariza Jamaluddin yang genap berusia 25 tahun pada 13 Ogos yang lalu. Saya sememangnya ingat hari lahirnya, namun kesibukan dengan mesyuarat pada petang tersebut dan malang yang menimpa menyebabkan saya terlupa langsung untuk memberi ucapan padanya. Buat Ija, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Moga berbahagia disamping suami. Doakan kita bertemu nanti.

Isnin, 11 Ogos 2008

SELAMAT HARI LAHIR II


SALAM ULANGTAHUN KELAHIRAN kepada adinda Nur Hazwani yang genap berusia 23 tahun pada 10 Ogos. Moga dipermudahkan dan dibantu Allah dalam pekerjaannya sekarang ini yang sedang menjalani praktikum di sekolah menengah di Kelantan. Aja aja fighting!

Sabtu, 9 Ogos 2008

SELAMAT HARI LAHIR


Awan berarak ceria
Tiada titisan hujan
Pohon melambai tanda sokongan
Ku susuri perjalanan bertemankan senyuman
Di hari lahirmu
Dedaun berguguran membuktikan kedewasaan
Walau tanpa madah dan hadiah
Namun cukup bagiku
Sekadar ucapan
Selamat hari lahir
Iringan doa ku hulur
Bersyukur kepadaNya
Atas nikmat usia

Sayangku,
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Hasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi



Dedikasi buat adinda Masyitah yang genap berusia lapan tahun pada hari ini. Adik bongsu yang kata Bonda mukanya masa kecil iras dengan saya. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan berjaya dunia dan Akhirat dan paling utama moga menjadi anak yang solehah dan pelajar yang cemerlang. Amin.

Ahad, 3 Ogos 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU :)

Bulan Ogos ini ramai kenalan yang bakal menamatkan zaman bujang mereka. Di ruang yang terhad ini saya ingin mengucapkan TAHNIAH atas perkahwinan mereka.



  • Kanda Nor Azwina & pasangannya (10 Ogos)
  • Kanda Zuraihan Mohd Hata & pasangannya Us Zulazhar (9 Ogos)
  • Ex Classmate saya : Azizah Adul Razak & pasangannya (17 Ogos)
  • Ex Classmate saya : Mohamad Fikri bin Omar & pasangannya
  • Adinda Nur Liana Nisa Othman & Us Zakuan (17 Ogos)
  • Adinda Puteri Masyita Megat Mohd Mentaha & Kamarul Zaman (23 Ogos)

Selamat Pengantin Baru. Semoga kekal hingga ke akhir hayat.
"Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair"










p/s: Alhamdulillah, nak kahwin dah mereka ni. Mesti seronok kalau saya dapat hadiri kenduri mereka ni. Kenduri saya? "No komen". Menunggu kenduri abang sepupu saya, Syafaril yang entah bila. Harap-harapnya saya dapat hadir kenduri dia. Amin.