Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan. Tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba. Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam. Tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selama-lamanya.

Selasa, 10 April 2012

GURINDAM TAUTAN

Awal bicara salam yang mulia
Senyum manis memikat jiwa
Tangan bertaut hati menyapa
Kerana Allah ukhuwwah terbina

Hidup kita penuh drama
Ada suka ada yang duka
Bukan sentiasa sehati sejiwa
Kekadang kita bermasam muka

Jika hati diturut sentiasa
Boleh jadi rosak binasa
Ukhuwwah bukan kepentingan seketika
Tapi bersama ke akhir nyawa

Beza pendapat lumrah manusia
Khilaf itu ada rahmatnya
Hormat-hormati sesama kita
Terimalah kelemahan seperti adanya

Jangan pernah berburuk sangka
Apa lagi mencaci nista
Ukhuwwah itu membawa sejahtera
Sesama Muslim hasad tiada

Saat lidah petah berbicara
Adakala terselit kata berbisa
Andai ada hati yang terasa
Hulurkan tangan maaf dipinta

Kisah yang buruk lupakan saja
Kisah yang baik kenanglah sentiasa
Jangan disimpan dendam yang lama
Kelak binasa hati dan jiwa

Tautan kita anugerah dari-Nya
Peliharalah dengan keikhlasan jiwa
Setiap yang baik ada balasnya
Moga tautan kekal ke Syurga.

..:: hanya secebis kenangan kutinggalkan buat kalian ::..


Terima kasih TAUTAN `12 ;)

Khamis, 12 Januari 2012

RAKSASA AIS

Dunia terasa sama
siang mahupun malam
meski mentari hadir
tapi, ia seperti gadis sunti
malu-malu memberi kehangatan
pada jiwa yang kedinginan
jiwa yang bagai kelemasan
dalam pelukan raksasa itu
yang menyuntik dinginnya
terasa seperti ia memegang paru
dengan tangannya yang putih salju
Ia mendampingi tanpa malu
ke setiap sudut 
tanpa mahu meninggalkanku