Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan. Tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba. Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam. Tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selama-lamanya.

Ahad, 28 Mac 2010

BERITA BURUK, BERITA BAIK

BERITA BURUK

Kelmarin, heboh di asrama ada berita buruk kepada akhawat. Semua orang dah suspen. Mari kita ikuti perbualan berikut :

A: Ada berita buruk untuk akhawat.
B: ha? apa dia?
A: Ikhwah dah mula main bola kat dataran ARMA. lepas ni, kita dah tak boleh suka hati nak jalan kat dataran tu petang-petang :(
B:betul tu, memang berita buruk.

Masa mula-mula besi-besi dipasang untuk kerja-kerja mengecat tu, memang rasa tak selesa. Rupanya ada hikmah di sebalik semua itu untuk akhawat. Kalau dulu petang-petang, segan nak lalu sebab ikhwah main bola kat situ. Bila mula kerja mengecat dan keadaan di dataran tu tak membenarkan diorang main bola, akhawat boleh lalu tanpa rasa 'terganggu'. Tak sangka tempoh mengecat tu dah nak habis. Berita buruk ini pastinya merupakan berita baik kepada ikhwah yang selalu main bola.

Yong : Hati-hati ye Yop bila main bola kat dataran tu. Jangan pecahkan tingkap lagi. Anak dara yang nak lalu jangan diusik-usik. Silap hari bulan bukan bola yang disepak. Takut ada yang kena 'sepak'.

Yop: Ala Yong, kami gurau je. Janganlah marah. Saja nak beramah mesra dengan Yong.

..........

BERITA BAIK

Hari ini hati gumbira..gumbira..gumbira. Ada yang bertanya apahal pulak kakak sorang ni? Dapat tiket kapal terbang free ke? Rupanya hati tengah berbunga sebab Cik Kesuma belikan buku baru FT (Bahlut & Ingin Jadi Nasrallah) kat PBAKL. Siap dapat autograf abg FT lagi. Seronoknya bukan main. Tak sabar nak tayang kat sini :D

::entri edisi bahasa pasar,sesekali takpe la ye::

Selasa, 23 Mac 2010

DISKUSI KUTAIB : NASIHATI LIL FATAT AL MUSLIMAH

Diskusi diadakan pada 19 Mac lalu di Dewan Syeikh Sya'rawi, Wisma A Perak.
Nama kutaib : Nasihati lil fatat al muslimah
Penulis : Wajdi Ghanim
Pendiskusi : Syahidatul Akmal Mohd Dahalan

Antara isi-isi penting dalam kutaib ini ialah :
  • Kehidupan di atas muka bumi ini tidak akan pernah sunyi dari ujian dan cubaan dari Tuhan. Jangan mengimpikan kehidupan yang bahagia sepanjang hayat di atas dunia. Semua itu hanya ada di Syurga. Banyak ayat al Quran yang menyebut tentang perkara ini. Antaranya firman Allah s.w.t. dalam surah al Ankabut ayat 2-3 yang bermaksud :
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : kami beriman. Sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan). Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian) nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta.
  • Ujian Allah itu boleh jadi dalam bentuk yang baik atau buruk. Kekayaan dan kemiskinan adalah ujian untuk melihat samada yang mendapat kekayaan itu bersyukur atau tidak dan samada yang miskin itu redha dengan kemiskinannya atau tidak. Akan tetapi ini tidak bermakna, kita boleh redha dengan kemiskinan tanpa berusaha untuk mengatasi kemiskinan tersebut.
  • Harta bukanlah segalanya di dunia ini. Harta tidak menjamin kebahagiaan hidup. Harta juga tidak dapat menjamin kitta akan berjaya dalam hidup. Berapa banyak keluarga yang kaya raya namun tidak bahagia? Semua itu dapat kita lihat pada hari ini.
  • Bersabar dalam menghadapi ujian terutama apabila kematian orang-orang tersayang.
  • Sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t. dan selalu muhasabah diri.
  • Seteruk mana pun bala atau musibah yang menimpa, jangan sesekali timbul rasa mahu bunuh diri. mintalah pertolongan dari Allah s.w.t. dengan solat dan juga doa.
  • Manusia tidak boleh memilih untuk diuji dengan ujian yang bagaimana. Kita hanya terima segalanya dari Allah s.w.t. Takdir Allah s.w.t. samada yang baik mahupun yang buruk adalah ujian kepada setiap manusia. Ingatlah selalu bahawa musibah itu adalah ujian keimanan bagi setiap yang mengaku Muslim dan ia bukanlah hukuman atas segala dosa. Namun ujian yang ditempuhi dengan sabar dan redha akan menjadi penghapus kepada dosa-dosa yang lalu.
Mudah-mudahan ia memberi manfaat kepada semua Muslimah khususnya dan kepada seluruh umat Islam amnya.

Seeru 'ala barakatillah..

    Ahad, 21 Mac 2010

    ألف مبروك


    Tahniah kepada Ustazah Yasidah dan juga Ustaz Zahid. Tak sangka pula perkahwinan mereka akan mendapat liputan dari pihak berita. Semasa mendengar mengenai perkahwinan mereka saya fikir ianya bukanlah benda yang pelik, cuma jarang-jarang orang buat. Walau apapun, tahniah atas perkahwinan mereka
    بارك الله لكما و بارك عليكما وجمع بينكما فى خير

    Isnin, 15 Mac 2010

    KISAS lahirkan ramai pemimpin



    Peranan yang boleh kita lihat pada KISAS adalah sangat luhur dan unggul di negara ini dalam menerajui legasi pendidikan Islam. Kini, sebahagian besar bekas pelajar KISAS menjadi pemimpin-pemimpin utama negara dalam pelbagai bidang.

    Sama ada dalam kerajaan mahupun swasta, bekas pelajar mereka benar-benar mengukir nama di persada negara dan antarabangsa. Kesemua mereka mencorakkan negara dan mereka jugalah yang begitu banyak memberikan sumbangan terhadap bangsa dan agama.

    Ini termasuklah mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman yang dikira antara pelopor sebagai pelajar kolej (ketika itu dikenali sebagai Kolej Islam Malaya), iaitu dari tahun 1959 hingga 1962.

    Ulama terkenal, Datuk Dr. Harun Din al-Hafiz, bekas duta negara ke Mesir yang juga mantan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, Pengerusi FELDA yang pernah menganggotai Kabinet, Tan Sri Dr. Yusuf Noor sehinggalah, Dr Bukhari Lubis (UPSI), Zahazan Mohamad, Idris Ahmad (PAS). Dr. Lo'lo' Mohd. Ghazali (PAS), Datuk Rosol Wahid (UMNO), Datuk Shahaniza Shamsuddin (UMNO), mantan Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, peguam syarie Zainul Rijal Abu Bakar, penggiat seni, Allahyarham Zubir Ali dan Faisal Tehrani (sastera dan teater).

    Sehinggakan gambaran yang diberikan jika kita melontarkan batu tanpa mengira tempat di negara ini, batu itu pastinya mengenai bekas pelajar KISAS yang jika kita dapati masing-masing tidak sahaja memegang jawatan penting dalam pengurusan Islam negara malah dalam bidang kehakiman, perundangan, ekonomi, doktor perubatan, pensyarah sehinggalah kepada usahawan dan ahli perniagaan yang berjaya.
    Begitu sekali KISAS yang telah melahirkan beribu-ribu bekas pelajar 'menakluk' negara ini.

    Berita lanjut, klik tajuk.

    ::tumpang bangga dengan KISAS::

    Jumaat, 12 Mac 2010

    SALAM ULANG TAHUN, YA HABIB ALBI

    Dedikasi buat Abah sempena ulang tahun kelahiran ke-52 pada 12 Mac 2010. Semoga dipanjangkan umur dalam kesihatan dan ketaatan ibadah. Juga dijayakan segala usaha. Amin.

    CINTA TANPA SEMPADAN

    Kata-kata yang berlegar
    Bisikan yang terdengar
    Soalan yang tak terjawab
    Semuanya kau hadapi
    Kerana aku yang tak menghargai

    Betapa lama aku pergi
    Kata rindu hanya terpendam di kalbu
    Biar jarak beribu batu
    Kasihmu tetap tak luntur
    Sayangmu tak berubah
    Walau hatimu kecewa pasrah
    Kerana cita yang belum tercapai

    Sudah terlalu banyak kau korbankan
    Demi anak yang tersayang
    Jasamu tak mengharap balasan
    Kerana cintamu tiada sempadan

    Pada Tuhan kumohon doa
    Moga anakmu pulang segera
    Membawa mutiara paling berharga
    Memimpin jalan menuju Syurga.