Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan. Tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba. Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam. Tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selama-lamanya.

Ahad, 10 Januari 2010

DILEMA FACEBOOK



Banyak emel dan perbincangan yang saya terima berkenaan pro dan kontra mengenai Facebook ini..Saya kira jawapan yang diberikan oleh ustaz Zaharuddin ini sudah cukup menjawab semua kemusykilan yang ada. Ada yang mengajak saya untuk turut 'membukukan muka' namun, saya kira cukuplah memadai dengan akaun Friendster yang ada.

PENYEMBUH RINDU



Adakah kau berada di sana
Ku dapat rasa kehadiranmu
Walau hanya di dalam kalbu
Ku merindumu selalu

Pelik juga tapi kupun rasa
Bagai kau berdiri disisiku
Terkenangkan waktu ketika
Berdampingan bersama-sama

Setiap pertemuan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah
Kenangkanlah saat indah
Sebagai penyembuh rindu

Kita tak ditakdirkan bersama
Untuk masa yang lebih lama
Biarpun hanya seketika
Kehadiranmu dirasa..rasa

Setiap pertemuaan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah

Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu
Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu 


..::Moga terubat segala rindu di hati::..

Rabu, 6 Januari 2010

TERIMA KASIH BUAT KALIAN

SEBULAN YANG TERINDAH
(3 DISEMBER 2009 - 3 JANUARI 2010)


Jika tidak kerana kalian
Sebulan itu hanya biasa
Hari-hari juang mengutip mutiara ilmu
Di bumi penuh sejarah


Jika tidak kerana kalian
Takkan hati ini merasa indah
Saat hati disiram cahaya ukhuwah
Saat tangan berjabat penuh mahabbah



Kerana hadirnya kalian
Kita bersua
Mencipta serasi sesingkat masa
Membingkai kenangan terindah
Dalam lipatan sejarah hidup


Terima kasih buat kalian
Kerana hadir membawa bahagia
Walau lelah dan penat meraja
Ia hilang ditelan masa


Terima kasih tidak terhingga
Kerana sudi menghulur rasa
Kalian hadir mengubat rindu
Pada keluarga jauh di mata




Terima kasih atas segalanya
Moga bertemu kembali di suatu masa
Salam sayang, salam bahagia, salam mesra
Kenangan indah terpatri selamanya.






Ahad, 3 Januari 2010

SEBULAN YANG BERHARGA, PENUH MAKNA..

Saya baru pulang dari menghantar adik-adik pelajar UM di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Alhamdulillah, urusan check-in mereka berjalan lancar, bagasi semuanya selamat dan mereka juga terlepas dari membayar denda visa. Syukur pada Allah, Alhamdulillah. Mudah-mudahan mereka akan selamat tiba di tanahair tercinta.

Petang ini saya tiba-tiba diterjah sendu. Biasanya pada waktu begini, adik-adik itu pulang dari kelas di Darul 'Ulum di Universiti Kaherah. Saya makan tengahari bersama mereka di kafeteria sambil melayan karenah mereka yang pelbagai. Ada yang mahu menelefon keluarga, ada yang mahu tukar duit, mahu keluar berjalan dan macam-macam lagi. Saya jadi rindu mengenangkan semua itu. Buntu rasanya untuk kembali semula pada kehidupan seharian seperti sebelum kedatangan mereka.

Cepat betul masa berlalu hingga sebulan bagaikan tak terasa. Dari minggu pertama hinggalah ke hari terakhir mereka di sini, saya bahagia melayan setiap karenah mereka yang pelbagai seolah saya melayan karenah adik-adik saya di rumah.

gambar pelajar-pelajar UM yang mengikuti kursus intensif Bahasa Arab Disember 2009 

...saya tidak dapat meneruskan entri ini...