Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan. Tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba. Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam. Tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selama-lamanya.

Ahad, 3 Januari 2010

SEBULAN YANG BERHARGA, PENUH MAKNA..

Saya baru pulang dari menghantar adik-adik pelajar UM di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Alhamdulillah, urusan check-in mereka berjalan lancar, bagasi semuanya selamat dan mereka juga terlepas dari membayar denda visa. Syukur pada Allah, Alhamdulillah. Mudah-mudahan mereka akan selamat tiba di tanahair tercinta.

Petang ini saya tiba-tiba diterjah sendu. Biasanya pada waktu begini, adik-adik itu pulang dari kelas di Darul 'Ulum di Universiti Kaherah. Saya makan tengahari bersama mereka di kafeteria sambil melayan karenah mereka yang pelbagai. Ada yang mahu menelefon keluarga, ada yang mahu tukar duit, mahu keluar berjalan dan macam-macam lagi. Saya jadi rindu mengenangkan semua itu. Buntu rasanya untuk kembali semula pada kehidupan seharian seperti sebelum kedatangan mereka.

Cepat betul masa berlalu hingga sebulan bagaikan tak terasa. Dari minggu pertama hinggalah ke hari terakhir mereka di sini, saya bahagia melayan setiap karenah mereka yang pelbagai seolah saya melayan karenah adik-adik saya di rumah.

gambar pelajar-pelajar UM yang mengikuti kursus intensif Bahasa Arab Disember 2009 

...saya tidak dapat meneruskan entri ini...


1 ulasan:

cahaya hijrah berkata...

KETERANGAN GAMBAR :

berdiri paling hadapan (dari kiri):Azrul dan Azmal.
duduk di hadapan : Syamsul Aziz dan Mohd Hanif.
barisan kedua (dari kiri): Dr Fakhrudin, Mariana, Aqilah,Syeikha, Aisyatul, Nadiah, Hanisah, Nuritah, Habibah, Jannah, Taufiq.
barisan ketiga (dari kiri): Sulaiman, Syahidah, Musyarrafah, Masyitah, Suriana, Afifah, Farizah, Husna.
berdiri paling belakang (dari kiri): Adleen, Ruzitah, Mimi, Arifah, Azrinahwati, Fazirah, Norilah, Rosinah.