Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan. Tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba. Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam. Tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selama-lamanya.

Sabtu, 30 Ogos 2008

RAHMAT RAMADHAN


Rahmatnya Ramadhan
Pesta ibadah tahunan
Ibadah puasa tak terjangkau pahala
Solat wajib dan sunat
Berganda ganjaran
Sedeqah, tadarus bertali arus

Rahmatnya Ramadhan
Pada satu malam
Seumpama seribu malam
Makbulnya doa insan
Saat dinihari menghadap Tuhan

Rahmatnya Ramadhan
Pada sahur dan iftor
Sekeluarga bersama
Yang sikit sama dirasa
Yang banyak sama dirata

Rahmatnya Ramadhan
Saat tarawih berjemaah
Bersama ke surau
Pergi dan pulang

Rahmatnya Ramadhan
Bila sekeluarga berkumpul
Menyulam kasih
Melerai rindu
Setelah dulu berjauhan

Rahmatnya Ramadhan
Kerana puasa diganjari raya
Penat lelah tak sia-sia
Kerana Tuhan melimpahkan rahmatNya

bicara hati saya kala menjelangnya Ramadhan tidak dapat lari dari memori-memori berpuasa bersama keluarga. sungguh Ramadhan penuh keistimewaan. manakan tidak, sepanjang sebulan inilah kami sekeluarga akan berpeluang untuk makan bersama-sama. bulan-bulan lain memang susah untuk mendapat peluang. Alhamdulillah tahun ini semuanya akan berpuasa Insya Allah. Mashitah pun sudah pandai berpuasa. masih teringat dulu semasa dia masih belum berpuasa sayalah yang menyuapkan dia makan tengahari sewaktu saya bercuti di rumah. sungguh ia menguji iman. Mudah-mudahan Tuhan terima ibadah puasa kita dan juga ibadah-ibadah lain sepanjang Ramadhan yang mulia ini. Amin.

Tiada ulasan: