Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan. Tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba. Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam. Tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selama-lamanya.

Khamis, 5 Februari 2009

PALESTIN DAN KITA



Saat kita kebingungan memilih makanan yang sedap
Saudara kita di Gaza ketiadaan makanan
Saat kita kerinduan pada keluarga di tanah air
Mereka di Gaza menangisi keluarga yang telah pergi
Saat kita berhibur dengan tawa dan senda
Mereka pilu bergenang airmata
Saat kita leka dengan keseronokan dunia
Mereka sengsara menanti bantuan kita
Saat kita nyenyak tidur berselimut
Mereka khusyu' menadah doa
Saat kita lupa dengan kematian yang bakal tiba
Mereka bangga kerana mati syahid di jalan-Nya





Teringat pada kisah yang diceritakan Dr Jamnul Azhar Mulkan semasa kedatangan beliau tempoh hari ke Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA). Kata beliau semasa di salah sebuah hospital di Gaza beliau menziarahi seorang kanak-kanak dalam lingkungan usia 5 tahun yang kehilangan kedua belah kakinya. Beliau bertanya pada kanak-kanak tersebut dimana kakinya? Lalu dia menjawab kedua kakiku sudah berada di Syurga. Mendengar jawapan tersebuat kami yang mendengar bergenang airmata. Begitu sekali hebatnya kanak-kanak Palestin. Kehilangan kaki tidak menjadi suatu yang malang baginya. Bagai sudah bersemadi di dadanya semangat perjuangan Assyahid Syeikh Ahmad Yasin yang sangat ditakuti oleh Zionis Israel walaupun beliau sudah lumpuh anggota badan namun semangatnya tidak pernah goyah. Suatu lagi kisah ialah seorang ibu yang kehilangan semua anaknya semasa serangan pencerobohan Zionis Israel. Dr Jamnul Azhar bertanya padanya bagaimana keadaannya sekarang setelah kehilangan semua anaknya? Jawapan ibu itu ialah aku akan lahirkan lebih ramai lagi anak-anak yang akan membesar dan melawan Zionis Israel. Sebab itulah tentera Israel tidak pernah mengenal erti belas kasihan pada oarang awam tidak kira wanita, kanak-kanak atau orang tua. Kerana setiap mereka tetap berperanan dalam menentang Israel. Orang-orang tua akan meniupkan roh dan semangat jihad ke dalam jiwa anak-anak mereka. Wanita pula akan mengasuh anak-anak mereka untuk menjadi tentera yang akan mempertahankan Palestin dan menentang Israel.



Hari ini rakyat di Gaza manjadi mangsa Zionis Israel dan kita sebagai saudara seagama hanya mampu memandang. Kita hanya mampu berdoa pada Tuhan mohon kemenangan, itupun bila kita ingat pada mereka di celah kesenangan hidup kita. Kita hanya mampu boikot barangan yang ada kaitan dengan Yahudi dan Amerika, itupun kita masih lagi berkira. Kerana kita sering membandingkan kualiti produk Yahudi & Amerika dan produk Muslim kita. Kita sering bersuara bebaskan Palestin dan negara lain yang dijajah, itupun dalam ketakutan kerana risaukan nasib diri sendiri. Kita hanya mampu mengutuk kezaliman tentera Zionis Israel padahal dalam sedar kita yang menyumbang pada tabung ketenteraan mereka. Mereka adalah saudara seagama dengan kita. Apakah yang telah kita lakukan untuk bantu mereka?

Kita beribadah setiap hari. Solat fardhu dan sunat, puasa, haji dan zakat serta lain-lain lagi. Kita berharap mudah-mudahan kita akan dimasukkan ke syurgaNya nanti. Tapi, pernahkah kita terfikir bila di Akhirat nanti setelah Tuhan izinkan kita masuk ke syurga dan tiba-tiba datang kanak-kanak Palestin yang mengadu pada Tuhan "semasa aku diserang, dizalimi dan dibunuh oleh tentera Israel dia ini tidak ada buat apa-apa pun untuk membantu aku. Layakkah dia masuk ke syurga?". Apa yang akan kita jawab di hadapan Tuhan kelak?



Buatlah apa yang mampu dengan kudrat kita. Doa itu sudah semestinya. Jangan kerana tidak mampu buat semua kita langsung tidak berbuat apa-apa. Moga Tuhan kuatkan mereka dan juga kita dalam perjuangan mempertahankan agamaNya. Janji Tuhan itu benar, cuma masanya yang kita tak tahu bila.

Doakan juga keselamatan dan kesejahteraan untuk negeri Perak yang dalam keributan. Ya Allah, menangkan Islam dan juga Muslimin. Amin.

Tiada ulasan: