Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan. Tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba. Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam. Tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selama-lamanya.

Jumaat, 11 April 2008

MUSIBAH











Saya diuji seminggu ini dengan karenah buah hati pengarang jantung saya (komputer ye,bukan orang ) :) Entah virus apa agaknya yang menjangkitinya sehinggakan pagi sabtu lepas windows langsung tak boleh buka. Padahalsaya baru saja meng'update' antivirus AVG 2 minggu lepas. Berkali-kalisaya hidupkan komputer namun tetap begitu juga. Akhirnya saya ambil keputusan untuk install semula windows. Dan sememangnya ia bukanlahsuatu yang mudah. Sesudah puas bertanya dan menyelongkar mana yang boleh, saya pun berjaya untuk install semula windows. Komputer saya masih menggunakan windows xp Professional walaupun sekarang ini orang lain telah banyak bertukar kepada windows vista. Tak mengapa, suatu
hari nanti pasti akan bertukar juga.

Setelah komputer saya berjaya dibuka saya pun terpaksalah install semula semua program yang ada. Sekali lagi, saya masih menggunakan Microsoft Office versi 2003 sedangkan orang lain sudah lama menggunakan versi 2007. Apa pun, saya masih bertuah kerana buah hati saya ini masih boleh berfungsi dengan baik. Alhamdulillah.

Sekarang ini saya telah menukar kepada antivirus baru : NOD32. Dan sekarang ini terpaksalah saya mengusung CPU saya ke bilik komputer lagi. Harapan saya mudah-mudahan selepas ini komputer kesayangan saya ini tidak lagi jatuh sakit akibat virus-virus yang terlalu banyak mengganas dan menyerang tanpa belas kasihan. Saya pula dilanda virus cemburu amat
pada adik-adik di sini yang hanya membimbit laptop datang ke bilik komputer. Kak su saya pun sudah memiliki laptopnya. Amboi dia! Lebih advance dari saya nampaknya sekarang ni.

Pengajaran untuk saya : lepas ini, setiap kali nak sambungkan USB jangan lupa scan dulu. Bukan apa, USB selalu menjadi medium perantara antara komputer saya dengan komputer dibilik komputer. Maklumat atau fail yang saya dapat dari internet saya masukkan kedalam USB dan kemudian saya sambungkan pula USB itu kepada komputer saya. Kalau ada virus, habislah.

Dalam kehidupan kita ini pun dapat kita kenalpasti pelbagai virus selain daripada virus-virus yang membawa penyakit kepada tubuh badan. Antaranya virus hiburan dan cinta yang telah banyak menjangkiti umat Islam khususnya. Saya harap kita semua akan menguatkan antivirus kita iaitu Iman dan Taqwa sebagai perisai untuk kita menghadapi virus-virus yang sangat merbahaya ini. Moga kita bukan saja memiliki tubuh badan yang sihat, bahkan juga hati dan rohani yang sihat wal'afiat. Amin.

Tiada ulasan: