Akhirnya masa untuk bercuti telah tamat secara rasminya. Kini tibalah masanya untuk kembali sibuk ke kuliah. Alkisah yang sebenarnya kuliah telah mula dibuka pada 21 Ramadhan lepas tp waktu tu belum ada kuliah apa lagi. Lagipun dah nak dekat raya. Jadi, selepas cuti 6 Oktober hari tu kuliah memang dipenuhi manusia. Jalanraya -jalanraya juga sudah sibuk semula, kembali seperti biasa. Kanak-kanak sekolah pun sibuk ke sekolah.Jadual kuliah semester satu bagi tahun tiga jurusan Bahasa Arab untuk sesi pengajian 2008 / 2009.
Semester ini saya akan mempelajari tujuh subjek.
- Nahu
- Sejarah Kesusasteraan Arab Zaman Abbasiah Pertama dan Kedua
- Sejarah Kesusasteraan Arab di Andalus
- Nusus
- Lahjah dan Qiraat
- Esei Balaghah
- Balaghah
Sudah bersediakah mendepani masyarakat yang kini tenat dengan pelbagai masalah sosial? Tempoh lima tahun berada di bumi penuh berkah ini terasa begitu cepat berlalu. Adakala saya bertukar sendu bila membayangkan saya akan bakal meninggalkan bumi Mesir yang banyak mengajar saya segala erti kehidupan. Apa sekalipun, hidup perlu terus dihadapi dengan tabah dan cekal. Ujian dan cabaran pasti akan ada dalam apa jua bentuk sekalipun. Mudah-mudahan Tuhan menguatkan semangat kita semua dalam menghadapi kehidupan.
"Mulakan setiap hari yang baru dengan nama Allah" begitu sms yang saya terima dari Amar. Syukur saya punya Amar yang begitu penyayang dan sering memberi kata-kata perangsang. Selamat kembali ke kampus buat semua yang terlibat. Selamat menyempurnakan puasa dengan puasa 6 hari pada bulan Syawal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan