Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan. Tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba. Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam. Tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selama-lamanya.

Isnin, 7 Mac 2011

TERIMA KASIH

Majlis MB Perak bersama dengan anak-anak pelajar Mesir berjalan dengan jayanya. Tak sangka kehadiran pelajar adalah melebihi 700 orang.

Saya bersama keluarga tiba seawal 8.30 pagi. Waktu itu, belum ramai yang tiba. Selepas mendaftarkan diri, kami sarapan dengan kuih muih yang disediakan. Pukul 9.30 pagi ada tazkirah yang disampaikan oleh seorang pensyarah muda dari UITM Seri Iskandar. Memang agak kecewa sikit dengan 'tazkirahnya'. Ini kerana, ia lebih layak untuk dipanggil sebagai kuliah. Dari segi isi memang bagus. Cuma bila dilihat audiens yang ada datang dari kampung dan pak cik-pakcik yang tak berapa berminat sangat. Kesian tengok pensyarah muda itu bercakap. Kalau ia adalah satu penyampaian kepada golongan mahasiswa sahaja, saya yakin ia sangat bermanfaat. Tapi, audiens pada waktu itu terdiri dari pelbagai lapisan. Saya suka dengan kuliah yang disampaikannya. Cuma kesian pada orang-orang lain yang kurang mendapat manfaat dari kuliahnya itu.
Apapun, syabas diucapkan kepada beliau.

Alhamdulillah, dapat bertemu kembali dengan sahabat-sahabat yang dirindui. Tapi sedih sebab tak sempat nak sembang lama.

Pukul 10.30 pagi majlis bermula dengan bacaan doa. Kemudian, MB bagi ucapan dan mengumumkan berita gembira pemberian duit poket sebanyak RM500. Sama macam Kedah, Pulau Pinang. Alhamdulillah, syukur pada Allah. Terima kasih juga kepada pihak berwajib yang prihatin dengan kami yang tak berapa mampu sangat ini.

Selepas itu, makan tengahari dan ambil duit poket. Abah terus ajak balik sebab nak menghadiri jemputan kenduri aqiqah di rumah Tok Pit. Tak sempat nak sembang lagi.

Sekarang ini, tunggu sahaja panggilan dari Yayasan Perak.

Tiada ulasan: