Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan. Tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba. Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam. Tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selama-lamanya.

Jumaat, 4 Mac 2011

HARI INI DALAM SEJARAH, MELANGKAH KE PEJABAT CAWANGAN KHAS

Pengalaman memang sangat berharga walau betapa pahit pun ia. Kadang rasa ingin tertawa mengenangkan pengalaman dan kenangan masa lalu yang mencuit jiwa. Semua itulah yang akan membentuk diri dan pandangan kita terhadap hidup ini.

Hari ini saya diminta hadir ke balai polis untuk 'disoal siasat'. Katanya, mereka hendak mengumpul maklumat mengenai pelajar Malaysia yang belajar di Mesir. Nampak gaya, penuhlah fail dalam pejabat SB tu dengan data-data pelajar ni. Sebagai pendahuluan, biodata saya diambil hingga semua adik beradik. Lengkap dengan maklumat pekerjaan. Nasib baik dia tak minta no. kad pengenalan. Selepas itu, berderu-deru soalan berbentuk subjektif yang ditanya. Pendapat tentang Mesir lah, tentang Malaysia lah. Macam-macam ada.

Apapun, mereka cuma menjalankan tugas berdasarkan arahan yang diterima. Dan sebagai warga dan rakyat yang baik serta memiliki semangat 1Malaysia, saya juga telah menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya. Mudah-mudahan semua rakyat Malaysia dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan penuh keikhlasan, kesedaran dan dengan jujur dan amanah. Setiap kita punya tanggungjawab yang nanti akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t. di Akhirat kelak.

Selamat bertugas dan selamat menjalankan amanah!

Tiada ulasan: