Alhamdulillah, walaupun kini saya berada di kawasan kampung yang jauh berbeza dengan suasana bandar besar Kaherah saya tidaklah sangat merasa janggal disebabkan oleh talian internet yang ada di rumah.
Terima kasih pada bonda. Ketepikan dahulu soal suasana kampung yang masih belum saya mesrai, itu bukan isunya untuk dibicarakan disini.
Cuti 'darurat' yang diberikan tidak memberikan keseronokan bersama dengan keluarga. Bukan tidak bersyukur. Tapi, dalam melalui cuti ini, hati tidaklah gembira seperti disangka. Persoalan bilakah dapat kembali ke Kaherah meneruskan pengajian, soal tiket kapal terbang yang semakin mahal, soal keselamatan bila berada di sana, dan macam-macam lagi tak pernah senyap dari akal fikiran. Dalam doa, hanya pada-Nya dipanjatkan sejuta pengharapan semoga segalanya nanti dapat berjalan lancar seperti sediakala setelah selesai 'extended winter break' ini.
Dalam asyik melayari internet, entah bagaimana saya jadi tertagih dengan laman MedicMesir yang banyak pula informasinya. Tapi apa-apa informasi pun tetap perlu dipastikan dahulu kesahihannya.
Syukur apabila membaca berita gembira tentang beberapa kerajaan negeri yang sudi membantu anak-anak negerinya untuk kembali meneruskan pengajian di Mesir dengan menanggung kos penerbangan ke Mesir. Beruntung pelajar-pelajar Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan terbaru Melaka. Namun semua itu masih tertakluk dengan kenyataan yang akan dikeluarkan oleh pihak bertanggungjawab sekiranya Mesir sudah selamat dan keselamatan pelajar-pelajar disana terjamin. Semoga semuanya baik-baik sahaja hendaknya.
Saya kira anak-anak Perak juga mengharapkan kerajaan Perak juga sudi membantu dalam soal kos kembali ke Mesir. Semoga dipermudahkan urusan-urusan mereka yang menuntut ilmu di jalan-Nya.
Rabbuna yusahhil, ya Rabb
Tiada ulasan:
Catat Ulasan