Syafawi Balaghah : 10 MeiMudah-mudahan apa yang telah lepas diberi kejayaan oleh Tuhan. Yang akan datang, moga dipermudahkan. Imtihan tahriri (peperiksaan bertulis) akan bermula pada 18 Mei sehingga 15 Jun nanti. Kali ini kami akan menjadi kumpulan yang paling akhir tamat peperiksaan. Oh, ini langsung tak sama dengan pelajar perubatan. Mereka punya selang masa yang banyak antara setiap subjek sedang kami cuma selang selama 2,3 hari. Tapi bagi di sesetengah tempat ada yang cuma selang sehari, seperti di Tanta dan Iskandariah.
Syafawi Nahu : 11 Mei
Syafawi Al Quran : 14 Mei
Seperti imtihan faslu awal yang lalu, imtihan kali ini juga diadakan pada waktu petang dari jam 1 hingga 4 petang kecuali bagi kertas Al Quran dan Bahasa Inggeris yang hanya diberi masa 2 jam iaitu 1-3 petang. Musim panas ini benar-benar menguji jiwa. Mohon Tuhan kuatkan saya untuk terus berpuasa sunat Isnin, Khamis.
Jadual Imtihan Tahriri :
18 Mei : Al Quran
21 Mei : Sorf (Morfologi)
25 Mei : Balaghah (Retorik)
28 Mei : Fiqh Usrah wal Mirath (Fiqh keluarga dan Ilmu Faraidh)
1 Jun : Nahu
4 Jun : Hadith
8 Jun : Naqad Adab (Kritikan Sastera)
11 Jun : Bahasa Inggeris
15 Jun : Adab Muqaran (Perbandingan Sastera)
Mohon doa dari semua moga kami dibumi Anbiya' ini diberi kejayaan yang cemerlang. Demi maruah Islam yang dijulang dan demi Ayah Bonda yang menanti kepulangan.
"Allahummaj 'alna minan najihin wal faizin fi kulli imtihan"
...................
Adinda Teah telah selamat pulang ke tanah air. Saya yakin dia kini sibuk menyiapkan persiapan untuk hari bahagianya. Moga-moga segalanya berjalan lancar. Dan harapnya dia tak lupa hantar kad jemputan pada kami di sini walaupun memang 'comform' kami tak dapat pergi. Isk...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan