Saban tahun tak pernah jemu
Ke jawazat* saya bertamu
Hajat dihati hanyalah satu
Mendapatkan iqamah menuntut ilmu
Seawal pagi terpacak sudah
Di depan pintu menunggu dibuka
Angin sejuk bukan lagi alah
Sejam menanti perkara biasa
Sebaik dibuka gerbang raksasa
Meluru segala umat manusia
Beratur berhimpit menahan seksa
Demi iqamah yang lebih utama
Sejam dua masa berlalu
Saya bertahan masih disitu
Hati tak putus doa dipaluKe jawazat* saya bertamu
Hajat dihati hanyalah satu
Mendapatkan iqamah menuntut ilmu
Seawal pagi terpacak sudah
Di depan pintu menunggu dibuka
Angin sejuk bukan lagi alah
Sejam menanti perkara biasa
Sebaik dibuka gerbang raksasa
Meluru segala umat manusia
Beratur berhimpit menahan seksa
Demi iqamah yang lebih utama
Sejam dua masa berlalu
Saya bertahan masih disitu
Rakan yang lain seia setuju
Tatkala kaki penat berdiri
Saya tetap cekalkan hati
Bersabar saja apa terjadi
Moga dimudahkan semua ini
Masa dan waktu pantas berlalu
Insan bukan makin berkurang
Mama*, cepatlah buat kerja tu
Kami dah lenguh menjadi tiang
Sewaktu azan Zohor dialunkan
Saya masih lagi menunggu
Muka kasihan mama tak hairan
Perut pula dah lama berlagu
Sekejap lagi bisik hati
Jangan mundur berputus asa
Saat passport disentuh jari
Alhamdulillah pada Yang Esa
Tercapai sudah hajat hati
Dapat iqamah setahun sekali
Lemah longlai menghayun kaki
Tahun depan saya datang lagi
Ini merupakan kali kelima saya mendapatkan Visa. Sepanjang lima tahun itu saya melihat pekerja-pekerja disitu masih orang yang sama. Begitu juga dengan cara kerja mereka. Walaupun masuk pejabat pukul 8 pagi, mereka tidak terus membuat kerja tetapi membancuh teh, makan 'ish* dan bersembang sesama mereka. Pukul 9 biasanya barulah fail dibuka. Di sini mereka masih bekerja secara manual, tanpa komputer. Apatah lagi sistem nombor giliran. Sudahlah
begitu, kami perlu beratur di hadapan kaunter berjam jam. Tiada kerusi disediakan. Beratur dalam keadaan sesak seperti dalam tin sardin. Walaupun lelaki dan perempuan beratur berasingan tetapi bersebelahan dalam jarak yang cuma sejengkal.
Dalam hati saya mengucap syukur pada Tuhan kerana Malaysia tidak seperti ini. Membuat urusan di Malaysia jauh lebih memuaskan dan selesa. Ada etika untuk melayan pelanggan, selain budi bahasa yang sopan. Bukanlah saya memperlekeh keadaan di Mesir tapi hakikatnya begitulah yang saya hadapi sekarang. Apapun, saya yakin satu hari nanti keadaan di Mesir ini akan jadi lebih baik sama seperti Malaysia.
*Iqamah : visa
Jawazat : pejabat imigresen
Mama : panggilan kepada wanita yang agak berusia (Puan)
'Ish : roti arab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan